November 06, 2013

Jemputan 1

Alhamdullillah Syukur KehadratNya
Kami menjadi sebahagian daripada TetamuNya


Mohon maaf kelewatan Cik Yong berkongsi KeagunganNya DiSana
Rasa tak sabar untuk berkongi dengan semua sebenarnya
Tapi apakan daya Cik Yong Mabit kesudahnya..hahaa (walaupun tiada perbezaan waktu - jetlag tak sudah-sudah)

Lama sungguh tak bercerita, ini pun nasib baik tak pergi motong getah sempat lah juga. Dah lama tak bercerita mohon maaf andai bahasa tak melambangkan bangsa.. kihkihhh


Kami disini kalau tidak silap Cik Yong rakyat Malaysia yang menunaikan haji tahun ini ada dua Hamlah (agent) lebih kurang seramai 30 orang. Cik Yong bersama 17 rakyat Malaysia di bawah hamlah Al Asalah An Al Resalah (balance with another hamlah). Bertolak dari sini pada 8 Oct pukul 5.35am direct to Jeddah Airport. Dari Jeddah Airport kami dibawa terus ke Nassem District South Azizia. Keseluruhan GCC Hajj ditempatkan dikawasan ini, tak silap dari Masjidil Haram (kalau tak macetla) dalam 15-20 minit.


baru sampai di Jeddah Airport


Tak silap Cik Yong lebih kurang 200 Jemaah di bawah hamla ini (berdasarkan pengiraan bas yang membawa kami sebanyak 6 buah). 2 bangunan yang mengasingkan satu rakyat Bahrain sendiri dan lagi satu expatriate termasuk kami (kebanyakkan yang menyertai tahun ini daripada Jordan, Egypt
Pakistan).
Alhamdullilah memang berpuas hati dengan service hamlat  ini. A++. Cukup lengkap apa yang diberi dari information - makanan - transportation -supporting staff - segalanya..Syukur padamu Ya Allah mempermudahkan urusan kami semua disini.



Umrah Tamatu kami diarahkan untuk dilaksanakan dalam pukul 10malam walaupun kami tiba pada pukul 3 petang (dimaklumkan Haram terlalu padat pada masa ini).

IC or ID Card sepanjang masa di sana

ni bukan tangan Cik Yong yea, kalau Cik Yong punya kena gebu mcm kuih pau.. ni pass naik train.


Kami habis menunaikan umrah dalam pukul 1.30 atau 2 pagi, masa nak pergi ke Haram jalan memang jam (30-40 minit utk kesana). Oleh kerana kami tidak tinggal di sekitar Masjidil Haram (means kalau dekat just walking jea, macam Jemaah Tabung Haji) private bus hanya dibenarkan setakat luar sahaja. Untuk ke Masjidil Haram kami akan bertukar dengan public bus.


bas hamlat kami - akak peace tu group Msian kami yang membawa semua stau keluarga. love you kak nik


ni la public bus yang membawa kami ke Masjidil Haram - true experience & adventure ;-). pic ni cik yong ambik on 2nd day.


Selesai sudah hari pertama kami disini.  Nanti Cik Yong cerita lagi yea.

'Ya Allah huYa Rabbi, aku memohon keampunan mu Ya Allah.. Andaikata pengalaman dan ceritaku ini menimbulkan Riak, Angkuh dan Menyombong diri. Aku mohon izinmu semata-mata untuk berkongsi berita gembira mengenai KeagunganMu  KehebatanMu kepada Sahabatku agar menjadi penguat untuk mereka segera menjadi TetamuMu Ya Allah..'

+ kebanyakkan gambar yang Cik Yong kongsikan bersama diambil selepas sesuatu itu diselesaikan. sebagai makluman mungkin selepas ini ada pengalaman Cik Yong berkongsi cerita adalah berbeza pendapat dan cara yang dilakukakan oleh Jemaah Malaysia atau yang lain sebenarnya kita adalah sama..






Saei untuk Umrah Tamatu














14 comments:

  1. Alhamdulliah happy nyer dgq kaka dah selamat tunai haji.... Doakan ai plak lepaih ni na��❤️

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ya Hajjah!!.
    Seronoknyaaa Yong!!!. Tahniah!
    Apa cerita itu ari kata Arafah kena banjir kilat?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam Sam,

      terima kasih.
      ada satu hari tu hujan ribut
      ada sebahagian tempat jea yang mengalaminya.
      tapi bukan banjir masa Hari Arafah alhamdullilah

      Delete
  3. Alhamdullilah Yong

    selesai sudah menunaikan ibadah haji....
    ramai juga org Msia sama Yong pergi, di Cairo cuma 8 org dan mrk join tabung Haji bila sampai Jeddah.
    Yong...mamasya pun guna public bas Saptco tu masa ulang alik dari hotel ke Masjidil Haram thn lepas.kebetulan hotel mamasya tak jauh dari station....jln kaki ke station bas tp kalau penat ambil taxi.
    ya true experience & adventure naik public transport, berebut kalau dari Masjidilharam....paling teruk lepas hari Arafahkan. pernah tu mamasya dah naik tp husben tak dpt naik, bila husben bgtau pd penumpang yg last sekali dpt naik, yg isteri dah ada kat atas, dia sukarela turun bg husben naik...syukur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mamasya,

      yea memang rindu kalau dikenang kembali.
      depa semua memang hormat golongan wanita.
      kalau terlepas ckp jea Mahram.. confirmed depa bagi laluan punya.

      Delete
  4. Alhamdulillah Hajjah..
    Semoga ketika di sana Yong mendapat haji yg barakah..

    P/s;
    tgh nangesss nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Sis Sham,

      ps: takmau la nanes nanes... muahhh

      Delete
  5. Allahu Akbar...bestnya Yong! anak2 ikut sekali ke? Apapun, alhamdulillah dah selamat menunaikan haji, mudah2an mendapat haji yg mabrur..in shaa Allah..

    Pls update more k..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu Akhbar

      Yea Ishamizu... Allah Maha Agung!
      Anak2 tak ikut sekali mak yong dtg tolong jaga lagiun depa sekolah.
      terima kasih banyak2 darling..
      InsyaAllah
      tunggu episod seterusnya mengenai KeagunganNya.. Subhanallah

      Delete
  6. alhamdullillah:) Saya setuju dgn kata-kata yong tuh. Mungkin berbeza pendapat & cara, esp sebab ikut rombongan orang sini. But at the end of the day, our intentions remain the same.

    Do share your story & pics ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Madre,

      terima kasih banyak2..
      nanti yong update. kat sini cuti panjang sempena Ashoora.. mintak2 bolehla update gamaknya

      Delete
  7. Alhamdulillah Hajjah ... seronoknya dah selesai ibadah haji. dari oman yg mala tau cuma 6 couple malaysian saja yg pergi. harap2 dapat la kami pergi next year.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis Mala..
      teringin jugak jumpa org Malaysia dari GCC tapi takde rezeki utk berjumpa..
      insyaAllah rezeki akak akan dtg dlm masa terdekat..

      Delete