February 07, 2013

Kisah Kucing

Cik Yong ada 4 adik beradik
Cik Yong anak sulung = Yong = Along
3 Adik Cik Yong semua wong lanang aka budak jantan
Cik Yong dikelilingi budak lelaki dari kecik, sepupu Cik Yong semua ada 70 orang 50 jea lelaki.

Itu sebab Cik Yong biasa geng budak lanang.
Setakat main kat sungai parit tu heheee.. standard.
Masa Cik Yong kecik dulu, kami duduk kat kuarters cikgu, 2 cikgu lelaki yang jaga Cik Yong. Sebab mak abah kerja pagi, Cikgu tu ngajar petang, memang dia duduk sekali dengan kami, so dengan berbesar hati Cik Yong dijaganya. Kalau sekarang terjumpa semula alamat selamat Dibuka Kitab Lama cerita Cik Yong yang sedari kecil memang suka soping. (KakTek kali ini yong insaf takde post pasal soping yea..) hee..
Ayah Cik Yong la nie pegang title Cikgu Pencen. Mak Cik Yong dulu kerja ngan Risda Jalan Ampang (tapi dia pencen awal - buat own business sampai sekarang)

Walaupun Cik Yong anak wedok (perempuan) sorang tak bermakna ku dapat idaman Puteri Raja untuk dilayan. Semua kerja Cik Yong buatkan tiada pengecualian. Umur 7 tahun Cik Yong dah tahu masak telur dadar ngan tumis sayur buncis. Main tetap main buat kerja rumah tetap kena suruh.Walaupun dulu mak ada pembantu rumah, bila Cik Yong balik bercuti dari asrama time tu la pembantu rumah akan balik kampung juga. Tak de maknanya untuk balas dendam tidur tak de makna nak menatap kotak bergerak (tv ler).

Jarak antara adik beradik cik Yong tahun 1981, 1985 & 1988, Cik Yong tua ampat tahun dari adik yang nombor dua (maths problem solving sikit ler Cik Yong kasi). Bergaduh? Bergusti? berlari dalam rumah ke luar rumah? normal
Adik Cik Yong yang no.2 - jenis ulat buku (selalunya dia ni tak masuk tajuk kalau ajak main, paling paling pun dia sibuk main Lego)
Adik Cik Yong yang no.3 - dia nie memang adus, segala benda  title ko bagila dekat dia. (nanti Cik yong cerita)
Adik Cik Yong yang bongsu - time nie dia kecik lagi, pastu pulak bila dia dah besar sikit Cik Yong dah duduk hostel. Nama Adik Cik Yong semua start from I & nama para Anbia (Ibrahim, Imran & Illiyas) Itu sebab semua orang akan tanya 'Awat nama Cik Yong tak sealiran dengan nama adik lain?' 'Entahla kak, kalau boleh request sebelum lahir mungkin Yong boleh jawab kot?'

Adik Cik Yong yang No.3 (Imran) dari kecik memang lain, dari baby memang keluar besar (tak silap Cik Yong dalam 3.8kg iyeala tahun 1985 dulu kalau berat tu kira tahap besarla kan)
Pastu pulak, kulit dia nie tak secerah pelangi siang.
Tapi takla gelap sama macam colour asphalt.
Statement yang selalu keluar kalau gaduh ngan Cik Yong 'nanti tahula.. suruh mak hantar kat rumah mak asal adik, rumah orang *e**ng depan tu baru tahu'
Dia ni pulak memang peramah dari dulu sampai sekarang
Dulu kami duduk kawasan perumahan, satu perumahan tu kenal dia!
Dengan basikal bmx kecik dia akan pergi dekat semua rumah makcik pakcik yang dia kenal (means ada setangah tu anak sebaya dengan dia atau pun memang tak de - dia kan peramah). Macam cerita Denise the Menace tu lebih kurang sama lar.
'Mak Cik Ana.. oo mak cik Ana.. Imran nie'
'Hari nie, makcik Ana masak apa?'
'Mak Imran tak masakla, dia sibuk'
cuba tengok tu? padahal berlambak lauk kat rumah mak dah siapkan.
Tapi makcik tu dah tahu feel si Imran nie, dengan tak malu ayat dia tanyakan?
Bukan setakat tanya masak apa,
'Mak Cik Noor, Im nak tumpang minum air, hausla..'
Padahal rumah selang 3 rumah jea..
Memang dia nie bikin malu kompeni!

Imran nie juga seorang yang creative, segala benda. Kalau hari nie mak beli basikal warna biru, tup tap tup tap tukar colour kuning dua hari esoknya wlpn umur dia time baru 5-6 tahun. Kalau pintu pagar rumah mak kunci tak bagi keluar main, jgn cakap dia tak pandai keluar - selamat dia main kat luar rumah mak cik senah tu.

Mak Yong memang suka kucing. Stock ikan rebus memang ada la kat dapur rumah tu.
Kekadang mak suka bawak balik kucing yang terbiar kat tepi jalan bagi makan kat luar.
Disebabkan mak seorang yang perihatin terhadap kucing nie, si Imran nie menjadi anak yang sangat perihatin terhadap kucing. Tak silap Cik Yong time tu umur dia dalam 3-4 tahun.
'Mak, kat playground Im nampak anak kucing baru lahir 4 ekor, comel-comel mak (sambil tercungap-cungap lari beritahu mak kat dapur).'
'Kesian Mak, mama dia dah tak ada. Im bawak balik boleh tak?'
'bawaklah Im..' (tak sempat mak nak habiskan ayat dia dah lari..)

Lepas selesai kerja kat dapur,
'Imran, anak kucing baru tu letak kat mana?'
'Ada kat depan, Im letak dalam kotak. Mak nak tengok? comel-comel mak!'
So dengan semangatnya Mak tengok dalam kotak yang Imran kutip tadi.

'IMRAN!! Ya Rabb!!
'Ini bukan anak kucing!'
'Ini anak anjing!'
Petang tu jugak Imran disamak satu badan dengan mak sambil dengar bebelan mak..
Kahkah.. Kisah yang tak kan dilupakan.


Tapi kalau bab suruh belajar? Kirim salam, siap berdrama baru dia nak buat homework tak pun abah dah siap rotan kat sebelah. Itu pun ada jea excuse he can created. Lagi-lagi kalau bab mengaji, mak tak angkat rotan dia dah start meleleh (motif suurh mak berhenti tak mau ngaji) Itu sebab darjah 3 baru dia pandai baca, abg si Imran pulak advance umur 4 tahun dah membaca. Bila si abang built Lego, misi utama Imran adalah menghancurkan Lego tu dan bermula episod wretsling. Tapi yang selalu kalah abang si Im sebab dia kuruih. Cikgu sekolah pun tak larat nak cakap apa, style nie sampai la dia nak UPSR, kita org terkejut tengok result dia kira bolehla masuk asrama. Sampai ada satu masa mak keluar statement 'Tak tahu la Mak Imran, Mak doakan esok besar jadilah orang bagus.. Pening mak' Memang pening adik seorang nie. Result PMR & SPM pun kami tak pernah sangka ;-)
Tapi, semua nie kat tangan DIA, hanya DIA tahu apa kisah akan datangkan?
Imran membesar sebagai anak yang sangat perihatin terhadap mak yong, dia yang jaga mak yong, kalau mak sakit atau semput, dia lah yang lari-lari carikan air & ubat. Kalau dengar sedara mara yang sakit, kenduri dia la yang pergi. Yang paling penting kalau Hari Raya, mak tak payah pening nak buat kuih bagai, Imran yang take over.
Kejadian anak berbeza-bezakan? Kami juga tak sangka.
Doa Mak didengari OlehNya, anak yang dulu masih kecik nakal yang ampun, tak mau belajar, umur 9 tahun baru pandai membaca.
Imran menjadi orang = Asst Chef dekat JW Marriot Hotel (under YTL scholarship) - Pastry Chef Renaissance Hotel - own business.

Alhamdullilah, I Love You Adik!


ps: tetiba emoo entry pulak pagi ni

nie takde kaitan cerita kat atas - nie kejadian selalu kat rumah antara bapak dengan anak = wrestling





21 comments:

  1. cik yong,
    homesick ke..??? kelakar lah cerita pasal your brother..camne bley angkut anak anjing..hehehe..nasib baik tak kena kejar ngan mak anjing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. blu4sky,
      takde homesick
      tapi heartsick.. boley?? hehee
      itew la pasal,
      citer legend nie

      Delete
  2. Salam cik yong..

    Sengih memanjang akak baca entri cik yong ni.. teringat pulak akak dulu2 dgn adik lelaki akak juga .. kes yang sama angkut anak anjing balik rumah kata itu anak kucing comel... menjerit emak akak dibuatnya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Yati,

      memang kalau kami berkumpul topic pasal anak anjing confirm highlight punyer..
      lagi2 kalau tersempak anak anjing lalu

      Delete
  3. Replies
    1. Nasib baik masa kecik jea
      kalau sampai besor
      fenin feninnn

      Delete
  4. kah kah kah...gelak besor aku. biaq betui anak kucing di bw pulang. mujur tak bw main dlm umah kalo x pening nak samak. itu ler kisah zaman kanak2 yek.

    ReplyDelete
  5. adik yg 'sweet' :) Boleh bayangkan betapa hyperactive nya budak Imran ni.
    Bab bawak balik anjing tu kelakar betul.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS,

      memang hyperactive
      sampai jumpa doc ler
      tapi doc kata normal
      jumpa ustaz pun ada
      jumpa org tua pun ada
      siap suruh tukar nama Imran to Aiman
      jadinya..

      Aiman pun tak kisah ;-)

      Delete
  6. Hahahaha...Puppy rupanya.. sib baik tak menggigit si Imran.
    Cik Yong 7 taun dah pandai goreng telur?. Perghh... mmg hebat kak long sorang nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sam,

      wlpn dipaksa
      tapi bersyukur sekarang
      setakat makan anak beranak bolehla lepas

      Delete
  7. hah? takde citer soping kali ni?!!!
    takpelah.. bajet soping nak guna tuk bayo saman dulu.
    haa betui.. anak terejal time kecik salunya dah besar dialah yg lebih jaga mak pak..
    kalau rasa anak tak cukup terejal.. banak lagi.. banak lagi... hehe..
    70 sepupu? ganeh betui jawa kelang neh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaktek,

      udah bayor saman?
      dah frame belum love letter tu?
      kihhh.. terejal terejal..
      yup 70 sepupu
      adik beradik mak 16 orang (satu mak satu ayah tau)
      org Jawa memang Power!

      Delete
  8. Best baca....rasanya kna tukarla tajuk entry ni....kisah imran baru sesuai hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee..
      CeqGu

      mana boley
      nanti dia poyo
      kalau tahu entry citer pasal dia ;-)

      Delete
  9. Salam pkenalan mama yong.Comel anak2 :)Jemput visit page lala yer.
    www.facebook.com/mylalakidswear

    ReplyDelete
  10. wrestling bapak dgn emak anak-anak Xde ke makk., ekkekee, larikks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak,

      orang Jawa kan sopan santun
      lagi pemalu
      mana dia layan main wrestling2

      Delete