June 08, 2013

Embeeek...

Menyampaikan hajat seseorang
Katanya dah jemu makan nasi
Tekak nak telan lain (mimpi apa ntah malam tadi)
Cuti nie Cik Yong Mengembeek...(lagi senang kerja)


hajat telah disampaikan

Grilled Lamb. Resipi guna 'Short-Cut'. Kira main tak aci la nie
Cik Yong rebus sekejap lamb ribs sebelum marinate for 2hours. (udahnya last minute tetiba mengidamkan..) - Garlic, Black Pepper, Honey, Rosemary - after 2 hours  - 20 minutes in oven - 10 minutes on grill= steam veg. & black peper sauce..
fuhhh! malam-malam nak tido jangan mengembek udah ;-)

Yong portion with black pepper sauce
ps: dulu Yong memang tak makan embek, kat sini pantang nampak. telan terus.  Agaknya embek sini mandi n pakai perfume kot ??? tu yang sodap sangat!


June 05, 2013

Terang Terangan?

Adakah gambar di bawah menceritakan dengan tepat maksud TERANG TERANGAN?
Memang Terang SeTerang 4:30 pagi disini..

4:30am bukan 4:30pm



Oleh kerana sekarang cepat TERANG,
Yong buat kueteow pun sempena konsep TERANG = KOSONG.



June 02, 2013

Tree of Life

Bahrain nie kan pulau kecik jea, pusing pusing satu hari dah siap..
Nak driving keluar kena melalui Saudi baru boleh lepas pi negara lain.
Tapi, nak lalu jea pun kena minta visa, nak lalu jea bukan masuk..
Yea la kita nak masuk rumah orang pun kena bagi salam, baru boleh masuk.. nie kan pulak nak lalu negara orang. Kalau tak silap visa untuk lalu jea BD20 seorang.

Last visit with Mak, Aunty Kam & Chenta..
from Pokcik Google - satu pokok jea ada
Tree of Life?
Since 2006, Cik Yong tak pernah pergi lagi tengok Tree of Life.
Chenta dah cakap tak de ape pun, pokok jea.. Pokok tu tak de buah pun..
Mana boleh tak tengok, paksa jugak Chenta heret ke tempat kejadian.
Kenapa depa panggil Tree of Life?
Pokok ni berusia lebih 400 tahun dan berdiri sendiri dekat tengah-tengah padang pasir. Seketul jea pokok ni ada, takde kawan-kawan. Tak nampak sumber air yang berdekatan dan perkara ini menjadi misteri. Memang pun masa on the way pi sana, keseluruhan adalah padang pasir n kawasan tempat minyak.
Tapi pokok ni masih segar..
SubhanaAllah..
Hanya Dia Yang Maha Mengetahui Segalanya



model pokok..ngeh ngehh
ps; kalau depa tengok pokok ketapang sure terkejut kan??